My Add

Sunday 9 September 2012

Nasib Nasharudin bersama Pas jadi tumpuan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR dan RADHUAN HUSSAIN
KUALA LUMPUR, 8 Septmber, 2012: Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang akan berlangsung di ibu pejabat parti itu, di sini malam esok dijangka membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden parti, Nasharudin Mat Isa (gambar).

Bagaimanapun Mingguan Malaysia difahamkan, persoalan sama ada kedudukan Nasharudin akan menjadi agenda utama mesyuarat berkenaan masih menjadi persoalan.

Ia memandangkan setakat ini menurut sumber, sebahagian majlis syura yang mewakili golongan ulama menganggap kenyataan Nasharudin mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang bukanlah isu besar sehingga ia boleh sampai ke peringkat pemecatan.

"Namun begitu jika pun ia dibawa untuk perbincangan dan keputusan dalam mesyuarat tersebut, Nasharudin tetap akan terselamat daripada pemecatan, paling kurang pun beliau hanya diberikan amaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment