My Add

Saturday 8 September 2012

Negara akan terus kekal berdaya saing

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya memanfaatkan Bajet 2013 sebagai platform untuk menyediakan penyelesaian tempoh sederhana kepada cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing dengan negara maju yang lain, kata Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Ketua pegawai eksekutifnya, Tan Sri Michael Yeoh berkata, Malaysia perlu terus menjadikan dirinya menarik dan berdaya saing dalam semua bidang berbanding negara-negara jiran yang lain, memandangkan yang fokus global di Asia sekarang ini lebih menjurus kepada ekonomi Asia Tenggara.

"Walaupun Najib mempunyai program transformasi yang cemerlang, isu-isu modal insan di Malaysia mesti ditangani dengan serius bagi merealisasikan agenda transformasi, seiring dengan matlamat beliau untuk menambah baik ekonomi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," kata beliau kepadaBernama di sini hari ini.

Yeoh berkata, untuk menambah baik modal insan, bakat dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, kerajaan perlu membelanjakan lebih kepada sektor pendidikan serta latihan.

"Pada masa yang sama, kerajaan mesti melihat kepada bidang-bidang yang boleh mengurangkan defisit belanjawan di celah-celah isu kewangan yang dihadapi di bahagian Barat," kata beliau.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, dijangka membentangkan bajet di Dewan Rakyat pada 28 Sept, 2012.

Yeoh berkata ASLI turut berharap yang bajet itu dapat menangani keperluan untuk rumah mampu milik, pengangkutan yang lebih baik dan cekap serta mekanisme pencegahan jenayah yang lebih berkesan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment