My Add

Thursday 6 September 2012

NGO lapor polis kebiadaban peserta Himpunan Janji Bersih


*WAKIL enam NGO Sepang menunjukkan laporan polis berhubung insiden kebiadaban peserta Himpunan Janji Bersih di IPD Sepang, Selangor, semalam.

SEPANG, RABU, 05 September, 2012: - Pertubuhan Bukan Kerajaan Sepang (NGO Sepang) hari ini membuat laporan polis berhubung insiden kebiadapan pada malam ambang sambutan merdeka pada 30 Ogos lalu.

Wakil pertubuhan itu, Zainal Abidin Sahar berkata, pihak polis diminta mengambil tindakan segera terhadap individu-individu yang melakukan perbuatan melampau tersebut.

"Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera dan jangan biar perkara ini terus berlarutan. Sampai bila kita hendak lihat tindakan kurang ajar seperti ini?

"Gunakan apa saja akta dan tindakan yang boleh disabitkan mereka ini. Takut nanti menjadi ikutan pula," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

Seramai 30 orang hadir memberi sokongan terhadap enam laporan polis oleh NGO Sepang yang terdiri daripada Alumni Majlis Belia Malaysia, NGO India Dengkil, Wanita Muda Sepang, dan Persatuan Belia Bukit Canggang.

Sebelum ini pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung tindakan biadap peserta Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Zainal Abidin berkata, laporan polis yang dibuat hari ini juga untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak faham mengapa Perdana Menteri dilakukan sampai sedemikian rupa, apalah salah beliau," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment