My Add

Thursday 6 September 2012

Lynas diberi lesen pengendalian sementara

KUALA LUMPUR, RABU, 05 September, 2012: Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memutuskan untuk mengeluarkan lesen pengendalian sementara (TOL) kepada Lynas (Malaysia) Sdn Bhd bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 3 Sept lepas.

AELB dalam satu kenyataan hari ini berkata TOL itu akan membolehkan Lynas menjalankan percubaan mengilang bahan mentah pekatan "lanthanid" secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa.

AELB mengeluarkan lesen sementara itu selepas bermesyuarat pada Isnin lepas dan berpuas hati bahawa syarikat itu mematuhi kesemua aspek teknikal yang ditetapkan.

Ini termasuk kaedah kawalan debu serta imobilisasi bahan radioaktif dalam residu dan keperluan perundangan yang ditetapkan.

AELB juga mengambil maklum bahawa syarikat membuat komitmen untuk membawa residu "Water Leach Purification" yang terhasil dalam projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) keluar dari Malaysia dalam bentuk produk komersil, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment