My Add

Thursday 13 September 2012

Pakistan kutuk filem anti Islam Amerika

ISLAMABAD, KHAMIS, 13 September, 2012:: Pakistan hari ini mengutuk keras penerbitan sebuah filem anti Islam sehingga mencetuskan huru-hara di Libya yang membawa kepada pembunuhan duta dan tiga diplomat Amerika, semalam.

“Kerajaan Pakistan mengutuk keras penyiaran filem berunsur fitnah terhadap Islam dan Nabi Muhammad yang diterbitkan di Amerika itu," kata kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Pakistan.

Kenyataan itu menyebut, filem itu akan membangkitkan lagi perasaan benci dan menghiris hati rakyat Pakistan.

Filem itu dihasilkan oleh seorang warga Amerika berbangsa Israel yang menyifatkan bahawa Islam ibarat 'kanser' dan menuduh Nabi Muhammad meniduri wanita, demikian dilaporkan oleh Wall Street Journal. - AFP

No comments:

Post a Comment