My Add

Thursday 13 September 2012

Singkir ahli sabotaj demi bentuk perikatan kukuh: Nazri

KOTA KINABALU, KHAMIS, 13 September, 2012: Tindakan bersifat segera untuk menyingkirkan mana-mana ahli Barisan Nasional (BN) yang mensabotaj calon parti pada pilihan raya umum akan datang adalah dialu-alukan bagi membentuk perikatan yang kukuh pada masa depan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohd Nazri Abdullah, berkata ini kerana pada siri pilihan raya umum lalu, BN dilihat tidak mengambil tindakan menyeluruh selain parti komponen tidak mempraktikkannya.

"Jadi kadang-kadang mudah ahli parti dan pemimpin sabotaj calon. Kalau dibiarkan, ia boleh menjejaskan BN pada masa akan datang," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri warga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Sabah (KPKK) di Kompleks Bersepadu KPKK di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah; Abdul Jalani Mahmud, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Almain Ajirul dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Abdul Manap Lakariba.

Mohd Nazri mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi amaran bahawa ahli atau pemimpin UMNO yang didapati mensabotaj calon parti akan disingkir daripada parti.

Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil apabila terdapat bukti mencukupi berlakunya sabotaj.

Tindakan sedemikian bersesuaian dengan transformasi Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang menunjukkan ia sebagai tindakan yang praktik dan proaktif oleh pucuk pimpinan parti, katanya.

"Sudah tiba masa perkara ini (sabotaj) tidak berlaku, sebaliknya ahli boleh menumpukan untuk menguatkan parti dan memenangkan calon yang dipilih parti UMNO dan seluruh komponennya," katanya.

Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mahu tindakan penyingkiran turut diperluas kepada anggota parti komponen lain.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment