My Add

Sunday 23 September 2012

Pembangkang amal politik menidakkan kebaikan BN

JOHOR BAHRU, SABTU, 22 September, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang mengamalkan politik mengutuk, menghasut dan menabur janji serta sentiasa menidakkan segala kebaikan yang dilakukan kerajaan kepada rakyat.

Menurut Perdana Menteri, ia dapat dilihat apabila segala perkara baik yang dibuat kerajaan akan sentiasa dihalang dan diputar belit supaya ia dapat digagalkan atau dilihat sebagai persepsi negatif.

“Sebagai contoh, dua tahun dahulu pembangkang mengatakan Felda bankrap dan hari ini, telah terbukti ia tidak berlaku seperti yang dikatakan kerana jika betul mana mungkin Felda disenaraikan di bursa saham.

“Begitu juga dengan projek Rapid di Pengerang yang cuba dipusingkan pembangkang, sedangkan ia adalah pelaburan terbesar di negara ini dan apabila siap kelak, limpahan nikmatnya akan dirasai generasi akan datang seperti peluang pekerjaan dan gaji yang tinggi," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Berkelompok UMNO Bahagian-bahagian Negeri Johor 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Persidangan berkelompok itu membabitkan empat UMNO bahagian iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Tanjung Pia i dan dihadiri kira-kira 2,000 ahli parti.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, pembangkang tidak akan lari daripada tiga perkara tersebut bagi menggagalkan usaha kerajaan memajukan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat dalam usaha mendapatkan sokongan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment