My Add

Tuesday 11 September 2012

Pemimpin APEC berjanji tiada halangan baru perdagangan

Malaysia wajar terus aktif dalam APEC

Gamal Nasir Mohd. Ali

VLADIVOSTOK (Rusia), ISNIN, 10 September, 2012: Pemimpin-Pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC, ), yang menamatkan mesyuarat mereka di sini semalam, berjanji memperkenal atau menambah halangan baru kepada pelaburan dan kepada perdagangan barangan serta perkhidmatan sehingga akhir 2015.

Kenyataan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM), yang berlangsung selama dua hari pada 8-9 September lalu, menyebut, ini termasuklah tidak mengenakan sekatan baru terhadap eksport atau melaksanakan dasar-dasar yang tidak konsisten dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dalam semua bidang ekonomi dan perdagangan.

"Kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami untuk mengurangkan langkah-langkah yang bersifat perlindungan dan akan teguh melaksanakan dasar-dasar yang sejajar dengan WTO," menurut kenyataan 7 halaman itu, yang dikeluarkan lewat semalam.

Sementara itu Malaysia wajar terus aktif dalam dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) memandangkan penyertaan itu akan membantu Malaysia menjadi sebuah negara perdagangan yang lebih berdaya saing dan ekonominya berkembang maju.

Pengarah Eksekutif APEC, Datuk Muhamad Noor Yacob berkata, jika dilihat pada negara-negara lain, ekonomi mereka tidak berkembang dengan baik, begitu dengan perdagangan global yang dilihat kekal mengecut.

"Bagaimanapun di rantau Asia Pasifik, banyak negara sebelah sini menunjukkan prestasi perdagangan yang meningkat dan pertumbuhan ekonomi yang baik. Usaha-usaha promosi perdagangan APEC nampaknya berjaya," katanya dalam satu pertemuan khas dengan wartawan-wartawan Malaysia di sini baru-baru ini.

Muhamad Noor akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Eksekutif (ED) APEC, yang beribu pejabat di Singapura. Beliau dipilih menerusi satu temu duga yang ketat untuk menjadi ED dari Januari 2010 hingga Disember 2012. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment