My Add

Tuesday 11 September 2012

Dagangan negara kekal trilion


*MUKRIZ Mahathir bersama (dari kiri) Presiden Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana Malaysia, Koay Chiew Guan, Ketua Editor majalah SME, Willam Ng dan Ketua Pegawai Operasi SME Credit Bureau, Eric Chin menunjukkan trofi anugerah SME 100 2012 pada sidang media anugerah itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 September, 201: Malaysia dijangka mengekalkan dagangan trilion ringgitnya tahun ini di sebalik ketidaktentuan di Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, kata Timbalan Menteri Dagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir hari ini.

Sasaran ini didorong oleh eksport yang besar ke China dan pasaran meningkat Asia Barat dan India, katanya kepada pemberita selepas pelancaran SME100.

"Asia membangun dengan amat pesat, dagangan kita dengan China masih amat besar dan kita mengekalkan lebihan dagangan dengan China.

"Kita kekal optimis, pendekatan kita adalah mempelbagaikan asas pasaran. Saya rasa permintaan untuk barangan kita masih ada sungguhpun ada kemerosotan dalam eksport pada produk elektrik dan elektronik kita," katanya.

Mukhriz berkata, kementerian itu memantau eksport ke China memandangkan eksport yang tertinggi ke negara itu adalah produk elektrik dan elektronik.

"Jadi, bila terdapat kemerosotan pada eksport ini, kami mengkaji untuk melihat jika dagangan kita dengan China telah berkurangan berbanding tahun sebelumnya. Setakat ini, ia berjalan lancar," katanya.

Mukhriz berkata sementara kemerosotan pada eksport sepanjang dua bulan lepas adalah kebimbangan ketara, gambaran keseluruhan dijangka menunjukkan keputusan positif.

Tahun lepas, dagangan Malaysia mencecah RM1.26 trilion. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment