My Add

Saturday 8 September 2012

Pengasih jalin kerjasama dengan Oman rawat penagih

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 September, 2012: Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) melebarkan cabang kerjasamanya dengan Oman dan negara Asia Barat dalam program pemulihan dan rawatan untuk golongan penagih.

Presidennya, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, sebelum ini persatuan itu melatih ramai peserta dari luar negara iaitu Indonesia, Maldives, Bangladesh, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Sri Lanka, Afrika Selatan, Jepun, Korea dan juga peserta dari beberapa negara Eropah.

"Kita sudah meterai kerjasama terbaru dengan Oman ini tahun lalu. Mereka datang ke sini bukan untuk pemulihan, tapi untuk latihan. Mereka ambil modaliti kita dan bawa balik ke negara masing-masing," katanya ketika Majlis Rumah Terbuka Pengasih di sini hari ini.

Yunus berkata, latihan diberikan adalah teknik pemulihan dan rawatan Kelompok Terapeutik.

Katanya, lanjutan daripada program latihan yang diberikan oleh Pengasih, kini banyak Komuniti Terapeutik dibangunkan di merata-rata tempat di Asia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment