My Add

Saturday 8 September 2012

Proses tukar kepimpinan Sarawak tak dilakukan tergesa-gesa

MIRI, SABTU, 08 September, 2012: Rakyat Sarawak masih dapat menikmati keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang sehingga kini kerana pertukaran kepimpinan kerajaan negeri tidak dilakukan dengan tergesa-gesa.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak Sarawak menyertai Malaysia 49 tahun dahulu, negeri ini mempunyai lima Yang Dipertua Negeri dan empat Ketua Menteri yang membolehkan kesinambungan pembangunan dirancang dan dilaksanakan secara berterusan tanpa gangguan.

"Pertukaran kepimpinan tidak berjalan dengan gopoh supaya negeri kekal aman dan stabil selari dengan kehendak rakyat," katanya semasa berucap pada majlis perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-91 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Stadium Terbuka Miri hari ini.

Taib berkata, sejak diberi kepercayaan rakyat dengan kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri terus melaksanakan janji yang dibuat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment