My Add

Tuesday 4 September 2012

Peniaga miliki rokok seludup didenda

BUKIT MERTAJAM, ISNIN, O3 September, 2012: Seorang peniaga didenda RM33,500 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki rokok seludup, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Por Beng Soon, 46, didakwa memiliki 6,800 batang rokok putih pelbagai jenama bernilai RM204 di sebuah rumah beralamat Nombor 1, Lorong Sejahtera Permai 2, Taman Sejahtera Permai, Alma di sini pada pukul 5 petang, 18 Mei 2011.

Dia juga didakwa memiliki 6,800 batang rokok putih pelbagai jenama dan 2,080 batang rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM677.60 di premis Aik Hau Mini Market di Nombor 69, Jalan Alma Jaya, Taman Budiman, Alma di sini pada pukul 4 petang hari yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa memiliki 18,000 batang rokok putih pelbagai jenama dan 7,800 batang rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM2,082 di rumah beralamat Nombor 10, Lorong Impian 19, Taman Impian, Alma di sini pada pukul 4.30 petang, 18 Mei 2011. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment