My Add

Tuesday 4 September 2012

Desakan letak jawatan CEO SSM tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Naim Daruwish menyifatkan desakan sesetengah pihak supaya beliau meletakkan jawatan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, tiada sebab dan alasan kukuh untuk beliau berbuat demikian kerana telah melaksanakan tugas-tugas seperti yang dikehendaki mengikuti bidang kuasa yang diamanahkan.

"Sekiranya prestasi saya buruk atau tidak memuaskan, saya sedia mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan.

"Namun, sekiranya gesaan tersebut adalah kerana saya bertindak secara profesional, mengikut landasan undang-undang dan peraturan, bebas dan tidak di bawah atas gesaan mana-mana pihak serta tidak terburu-buru, maka gesaan meletakkan jawatan itu adalah amat tidak bertanggungjawab," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment