My Add

Sunday 23 September 2012

Penjara Pokok Sena cari waris tuntut mayat banduan

ALOR SETAR, ahad, 23 September, 2012: Jabatan Penjara Pokok Sena ingin menghubungi waris seorang banduan, Wai Kee Heng yang meninggal dunia di Hospital Alor Setar, pada 3.30 petang, 10 September lalu.

Penolong Pegawai Rekod Penjara Pokok Sena, Inspektor Md Fadzil Razali berkata, mayat Wai, 56, kini disimpan di Rumah Mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

"Kami berusaha mencari warisnya, Wai Chow Keow termasuk meminta bantuan polis mengesan lelaki itu di alamat nombor 42, tepi sungai Sabak Bernam, Selangor, iaitu alamat sama digunakan Wai," katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Md Fadzil berkata, waris si mati gagal dikesan kerana tempat tinggalnya berubah akibat pembangunan.

Menurut beliau, Wai yang memegang kad pengenalan lama bernombor 5094020 bekerja sebagai seorang nelayan diberkas atas kesalahan dadah di Kuala Sepetang, Perak dan dijatuhi hukuman penjara mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak 2 Julai lalu.

Mereka yang mempunyai maklumat atau mengenali waris si mati diminta menghubungi Penjara Pokok Sena di talian 04-7825555 sambungan 1140. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment