My Add

Sunday 23 September 2012

UMNO Sabah tidak tergugat tindakan dua pemimpin

PAPAR, AHAD, 23 September, 2012: Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail yakin keutuhan UMNO Sabah tidak tergugat dengan tindakan dua bekas pemimpinnya menyertai parti pembangkang.

"Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai tindakan mereka itu kerana rakyat pun sudah tahu siapa mereka sebenar. 

"Mereka boleh kata apa saja tentang BN mahupun Umno, namun rakyatlah yang lebih berhak untuk memutuskan sama ada menyokong atau menolak mereka," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan bekas timbalan menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan bekas bendahari UMNO Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Risda Holding, berkata tindakan kedua-dua pemimpin itu juga tidak menggugat UMNO Bahagian Papar kerana ahli parti itu tetap setia kepada UMNO.

"Kami (UMNO Papar) menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil apa juga langkah terbaik untuk Sabah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment