My Add

Wednesday 26 September 2012

PKFZ: Liong Sik akui isi surat tak tepat

KUALA LUMPUT, RABU, 26 September, 2012: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik mengaku kandungan surat dihantarnya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mengandungi maklumat salah.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Liong Sik berkata kandungan surat itu menyatakan kadar faedah 7.5 peratus adalah tidak termasuk harga keseluruhan pembelian tanah RM1.088 bilion.

Katanya, surat bertarikh 29 Jun 2002 itu disediakan bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor dan kadar faedah berkenaan adalah berdasarkan keputusan mesyuarat sebelum itu.

Beliau berkata, surat itu ditandatanganinya tanpa mengetahui isi kandungan kerana percaya kepada pegawai kanannya yang turut melaporkan kepadanya setiap hari berhubung perkara itu.

Ditanya Tun Abdul Majid sama ada beliau memang berniat menghantar surat itu kepada Dr Mahathir ketika itu, Liong Sik berkata, beliau tidak akan menghantar surat itu tanpa pembetulan jika tahu ia mengandungi maklumat salah.

Bekas Menteri Pengangkutan itu membela diri terhadap tuduhan menipu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Liong Sik dituduh tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan faedah 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah berasaskan kadar RM25 bagi keluasan 30.48 sentimeter (sm) persegi, iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar itu sudah mengambil kira kadar kupon atau faedah. 

Perbicaraan bersambung Jumaat ini. - BH

No comments:

Post a Comment