My Add

Sunday 9 September 2012

PM cadang hadiri majlis perjanjian damai selatan Filipina

Daripada GAMAL NASIR MOHD. ALI
VLADIVOSTOK, Rusia, AHAD, 09 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyuarakan hasrat untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian damai di selatan Filipina, jika perjanjian itu dapat akhirnya dimuktamadkan.

"Presiden Filipina (Benigno Aquino III) memaklumkan bahawa beliau nampak kedua-dua pihak (kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF), dengan bantuan Malaysia sebagai pemudah cara, sudah sampai ke peringkat di mana perjanjian damai boleh dicapai.

"Ada kemungkinan, perjanjian damai selatan Filipina itu dapat ditandatangani menjelang akhir tahun ini. Jika ini berlaku, saya bercadang untuk hadir pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan," tegas Najib dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan dua hala dengan Aquino sebelum hari terakhir Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment