My Add

Sunday 9 September 2012

Kelab Putera 1Malaysia ke Myanmar dalam tempoh terdekat

BUTTERWORTH, AHAD, 09 September, 2012: Kelab Putera 1Malaysia yakin misi bantuan membawa 480 tan barangan keperluan ke Myanmar bagi membantu etnik Rohingya yang ditindas di negara itu akan berlepas ke sana dalam tempoh terdekat.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya sepatutnya bertolak 1 Sept lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana belum mendapat kebenaran daripada Myanmar.

Katanya, beliau percaya kerajaan Myanmar akan memberikan kebenaran untuk misi berkenaan kerjasama erat yang dijalin antara Malaysia dan negara itu selama ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment