My Add

Tuesday 25 September 2012

Polis buru dua suspek dalam kes bunuh bapa wartawan

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 2 September, 2012: Polis Pulau Pinang sedang memburu dua suspek yang dikenal pasti terbabit dalam kes pembunuhan bapa seorang wartawan akhbar berbahasa Cina pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, polis yakin dapat menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan dua lelaki berkenaan.
"Polis kini mempunyai beberapa maklumat penting hasil soal siasat ke atas seorang lelaki berusia 44 tahun yang ditahan beberapa jam selepas kejadian," katanya di sini, hari ini.

Lelaki itu yang ditahan di Bukit Mertajam Sabtu lalu dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Selain itu, katanya, polis juga telah merekodkan keterangan daripada pembantu kedai Loh Siau Kee, 42, yang turut cedera parah dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian jam 11 malam Jumaat lepas itu, mangsa Yeap Cheng Chye, 47, bapa kepada wartawan akhbar Guang Ming Daily maut ditembak di pekarangan Pangsapuri Taman Sejahtera Jaya di sini.

Mangsa yang baru pulang daripada berniaga nasi ayam dikatakan ke pangsapuri berkenaan untuk menghantar pinggan mangkuk ke rumah pekerjanya.
Ketika mangsa hendak menyerahkan barangan itu, datang dua lelaki yang menaiki motosikal dan pemboncengnya turun melepaskan empat das tembakan ke arah Yeap.

Penjenayah itu juga melepaskan dua das tembakan ke arah Loh yang berada berdekatan lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri.

Loh parah terkena tembakan pada bahu kiri dan perut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment