*TINDAKAN pantas polis berjaya mengekang kejadian tidak diingini berlaku ketika pengawal peribadi Anwar Ibrahim (berkemeja T) memegang pistol di tempat awam di Jasin, Melaka, kelmarin. |
MELAKA, AHAD, 09 September, 2012: Polis akan menyiasat lebih lanjut rakaman video yang tersebar di laman YouTube hari ini mengenai tindakan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacu pistol ke arah orang awam dalam kekecohan di satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim, Jasin di sini semalam.
Rakaman video yang dimuat naik daripada laman blogalamijiwaparadox.blogspot.com itu dipercayai dapat membantu polis menyiasat tindakan pengawal peribadi berusia 37 tahun itu.
Utusan Malaysia memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah sebagai berkata, ketika laporan diterima, polis belum menerima rakaman video yang dimaksudkan.
Polis Melaka sudah membebaskan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengacu senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim, Jasin, dekat sini, semalam.
Menurut BERNAMA, lelaki berusia 37 tahun yang juga ketua pengawal peribadi ketua pembangkang itu dibebaskan jam 9 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini.
Raja Shahrom berkata, lelaki berkenaan ditahan dan disiasat berhubung lima laporan polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah antara jam 3.30 petang dan 4 petang semalam.
"Namun dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas kami merakam percakapannya dan berpuas hati dengan keterangan yang diberi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai lesen senjata api yang sah dan hasil keterangannya mendapati tindakannya itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi.
Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video atau gambar yang dirakam orang awam seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan hari ini.
Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, pengawal peribadi yang menaiki kereta jenis Toyota Camry dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol susulan sekumpulan lelaki cuba menghalang bas yang dinaiki Anwar untuk ke majlis anjuran PKR.
Marah dengan perbuatan lelaki itu, orang ramai yang berada berhampiran tapak program Jelajah Merdeka Rakyat menyerbu ke arah lelaki berkenaan sehingga keadaan kemudian menjadi kecoh.
Raja Shahrom berkata, polis turut menyiasat laporan berhubung dakwaan bas yang dinaiki Anwar dan penyokongnya disimbah cat merah serta dilontar beberapa botol air minuman ketika tiba di lokasi kejadian.

No comments:
Post a Comment