My Add

Wednesday 12 September 2012

Raja Permaisuri Agong hadir sambutan Aidilfitri MKKM

KUALA LUMPUR, RABU, 12 September, 2012: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat menghadiri Majlis Riang Ria Aidilfitri anjuran Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) di sini.

Pada majlis itu, Tuanku Hajah Haminah, yang juga penaung MKKM, berkenan mengurniakan duit raya dan ole-ole kepada 300 kanak-kanak dari 13 sekolah serta institusi kebajikan.

Antaranya, Pusat Dalam Komuniti Kiu, Rumah Bakti, Tasputra Perkim, SRJK (C) Tsun Jin, Pusat Latihan Autisme, Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah serta Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor/Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, Yang Dipertua MKKM, Tan Sri Zaleha Ismail dalam ucapannya berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan terus memperjuang dan memastikan hak kanak-kanak di negara ini terpelihara.

"Malah, baru-baru ini MKKM menyuarakan pandangan mengenai isu-isu pencabulan kehormatan kanak-kanak bawah umur," katanya.

Selain itu, Zaleha berkata, MKKM giat mengadakan aktiviti mingguan untuk perkembangan rohaniah, kreativiti dan kemahiran termasuk membabitkan pelajar sekolah menengah di sekitar Lembah Klang.

Antara aktiviti itu ialah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, kem motivasi, kursus penulisan kreatif dan kursus pembuatan coklat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment