My Add

Monday 10 September 2012

Rakyat Selangor tuntut janji manifesto bekalan air percuma

KUALA LUMPUR, AHAD, 09 September, 2012: Keberanian penduduk Selangor menuntut manifesto bekalan air percuma yang dijanjikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya lalu ditunaikan adalah tindakan wajar bagi mendapatkan keadilan.

Penasihat Undang-undang dan Ekonomi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, manifesto itu merupakan perjanjian yang perlu ditunaikan oleh kerajaan PKR Selangor.

"Apa yang dinyatakan kerajaan Selangor berasaskan undang-undang yang boleh dituntut rakyat kerana ia berkaitan hak yang dinyatakan dengan hasrat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan 683 pengguna di Selangor yang akan memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selasa ini bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment