My Add

Monday 10 September 2012

Tanggungjawab ahli kembalikan maruah parti


*AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyampaikan anugerah kepada seorang perwakilan UMNO pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, Semporna, Sabah. Turut kelihatan, Shafie Apdal (kiri).

SEMPORNA, AHAD, 9 September, 2012: Seluruh ahli UMNO bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengembalikan maruah parti yang telah dihina dengan teruk oleh pembangkang selepas tsunami politik 2008.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerima secara terbuka ujian Allah pada 2008 itu serta menginsafi kelemahan dan berusaha gigih bagi mengatasinya dengan melakukan pelbagai transformasi terbaik.

"Mengikut sejarah politik negara, Pilihan Raya Umum 2004 paling bagus prestasi BN, tetapi 2008 pula paling teruk," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment