My Add

Sunday 9 September 2012

'Saya tak maafkan dia'

Oleh AMRAN MULUP dan SITI ROHAIZAH ZAINAL
KLANG, SABTU, 08 September, 2012: Nenek kepada kanak-kanak enam tahun, Noor Sofia Syaqira Abdullah yang maut dipercayai angkara mangsa dera kekasih ibu angkatnya di Melaka pada Ahad lalu tidak akan memaafkan perbuatan lelaki itu.

Rodiah Zabidin, 53, berkata, dia sedih kerana cucunya yang berperwatakan ceria itu pergi meninggalkan mereka akibat tindakan kejam suspek.

Katanya, kali terakhir dia bertemu cucunya itu adalah pada Hari Raya Aidilfitri ketiga baru-baru ini apabila Noor Sofia Syaqira datang ke rumahnya di sini bersama ibu angkat yang juga anak sulungnya.

"Ketika itu dia jadi pendiam dan tubuhnya sangat kurus. Saya bertanya kepada anak sulung saya tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana dia cakap Sofia sihat dan tidak perlu risau keadaannya.

"Itulah kali terakhir saya berjumpanya dan saya sesekali tidak akan maafkan lelaki yang membunuh cucu saya itu," katanya ketika ditemui di Pangsapuri Bukit Kuda di sini hari ini. - MINGGUAN

No comments:

Post a Comment