My Add

Sunday 9 September 2012

Penyelia kualiti bijih mati ditikam

RANTAU PANJANG, SABTU, 8 September, 2012: Tindakan seorang penyelia kualiti bijih menegur rakan serumahnya supaya berhenti menagih dadah dan tidak mengganggu keluarganya berakhir dengan tragedi apabila dia mati ditikam lelaki berkenaan pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi di hadapan sebuah kantin berhampiran tapak lombong bijih besi di Kampung Rahmat Lubok Stol di sini.

Mangsa, Mohd. Yusoff Zakaria, 41, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang akibat kecederaan parah di dada.

Suspek yang berusia 37 tahun berasal dari Benut, Johor, dan positif mengambil dadah jenis ‘methamphetamine’ serta memiliki rekod jenayah lampau menyerah diri di Balai Polis Lubok Stol kira-kira satu setengah jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberitahu, kejadian berlaku apabila suspek meluru masuk ke kantin berkenaan dan menyerang mangsa dengan sebilah pisau dianggarkan sepanjang 15 sentimeter yang dipercayai dibawanya dari rumah. - MINGGUAN

No comments:

Post a Comment