My Add

Saturday 22 September 2012



SPR: 20% masih belum daftar jadi pengundi

*ABDUL Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini. -Foto BERNAMA

RUZY ADILA IDRIS
PUTRAJAYA, JUMAAT, 21 September, 2012:Walaupun pengundi baru meningkat saban tahun, namun masih ada 20 peratus rakyat Malaysia yang layak belum mendaftar sebagai pemilih.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pada 2008 seramai 3.8 juta orang tidak mendaftar, diikuti 4.3 juta orang pada 2009.

Pada 2010, bilangan yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar adalah seramai 3.8 juta orang dan ia menurun kepada 3.6 juta orang tahun lalu.

"Namun, bermula Januari sehingga Jun 2012, seramai 3.2 juta orang layak mengundi masih belum berdaftar," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, trend peningkatan pengundi baru juga besar di mana bermula Mac 2008 hingga Ogos 2012, jumlah pengundi baru yang berdaftar dengan SPR ialah seramai 3,642,974 orang.

Daripada jumlah tersebut, 2,920,828 pengundi baru dan bakinya ialah mereka yang menukar alamat, kata beliau.

Berdasarkan tempoh itu juga, sebanyak 8,452 pindaan maklumat mengenai data peribadi pemilih telah dibuat, jelas Abdul Aziz lagi.

No comments:

Post a Comment