My Add

Sunday 9 September 2012

Tiga cedera letupan bengkel bom Indonesia

JAKARTA, AHAD,09 September, 2012: Polis Indonesia hari ini berkata tiga mangsa cedera dalam letupan di sebuah rumah berdekatan Jakarta, di mana ia dipercayai bengkel membuat bom.

Jurucakap polis Indonesia, Anang Iskandar menerusi khidmat pesanan ringkasnya (sms), berkata letupan lewat malam semalam berlaku di sebuah bangunan yang disenaraikan sebagai rumah anak yatim di bandar Depok, luar Jakarta.

“Tiga cedera termasuk seorang daripadanya cedera parah susulan letupan itu. Lelaki yang cedera parah itu mengalami kecederaan patah tangan dan terbakar antara 50 hingga 70 peratus di bahagian badannya,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment