My Add

Wednesday 12 September 2012

Tindakan gari gadis atas faktor keselamatan: Bakri Zinin

KUALA LUMPUR, RABU, 12 September, 2012 : Tindakan menggari gadis dari Johor yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 Ogos lalu bukan disengajakan malah diambil kira dari segi faktor keselamatan orang awam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata, polis menjalankan tugas berdasarkan prosedur ditetapkan, bukannya bertindak sendiri.

"Jika suspek bertindak di luar batasan, kita perlu menggari mereka. Mengenai isu ini juga, kita sudah buka kertas siasatan dan masih menunggu laporan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu menggari suspek yang memijak gambar pemimpin ketika Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lalu. - BH

No comments:

Post a Comment