My Add

Thursday 13 September 2012

Tukang rumah maut bertembung motosikal

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 13 September, 2012: Seorang tukang rumah yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Jalan Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, Elias Ahmad, 24, yang tinggal di Kampung Baru, Padang Menora di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut seorang saksi, Mohd Irwan Al-Muizz Mohd Daud, 37, motosikal mangsa bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita di simpang Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan kemalangan itu menyebabkan Elias terpelanting beberapa kilometer.

"Saya dapat lihat dengan jelas mangsa melambung ketika bertembung dengan motosikal ditunggangi seorang wanita, mangsa masih bernyawa ketika jatuh di atas jalan dan meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

"Manakala wanita yang melanggar mangsa tidak mengalami kecederaan, dia kelihatan panik dan menghilangkan diri selepas itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Superitendan Wan Aziz Wan Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang mengesan wanita yang terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment