My Add

Thursday 13 September 2012

Khalwat: Penjaga gol kebangsaan, pasangan didenda

PETALING JAYA, KHAMIS, 13 Septmber, 2012: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias dan pasangannya, Zaiton Othman masing-masing didenda RM2,500 atau penjara sebulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Mohd. Farizal, 26, dan Zaiton, 29, yang ketika kejadian berstatus isteri orang didakwa berada bersama dalam keadaan syak dalam sebuah bilik di sebuah kondominium di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.40 pagi, 12 Oktober tahun lalu ketika serbuan oleh pegawai penguat kuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment