My Add

Sunday 9 September 2012

Wanita UMNO Sandakan kutuk pijak gambar pemimpin

KOTA KINABALU, AHAD, 09 September, 2012: Pergerakan Wanita UMNO bahagian Sandakan mengutuk tindakan segelintir rakyat yang memijak gambar pemimpin negara dalam Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Sambil menyifatkan insiden mengibar "bendera baru" sebagai tindakan biadab, Ketua Wanita UMNO Sandakan, Asnah Tahlil, berkata Wanita UMNO Sandakan mengusulkan supaya kerajaan mengambil tindakan undang-undang dan menghukum individu yang terbabit dengan hukuman keras supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Mereka cuba menuntut pilihan raya bersih kononnnya dengan menganjurkan program Janji Demokrasi tetapi tindakan mereka sendiri sangat kotor, jijik dan menghina maruah diri sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Asnah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah berkata, tindakan sekumpulan generasi muda pada program itu adalah tindakan yang tidak bertamadun dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat keamanan dan keselesaan yang dinikmati sekarang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment