My Add

Thursday 6 September 2012

Wujudkan sistem amaran awal

*ANIFAH Aman (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua dari kanan) bersama rakan sejawat masing-masing selepas hadir pada Sidang Kemuncak APEC di Far Eastern Federal Universiti, Pulau Russky, Rusia, semalam.

Oleh Gamal Nasir Mohd. Ali
VLADIVOSTOK, Rusia, RABU, 05 September, 012: Malaysia hari ini menyarankan agar 21 anggota ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bersatu bagi mewujudkan sistem amaran awal yang lebih berkesan, dengan tumpuan kepada semua bentuk bencana semulajadi di rantau ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, APEC perlu menyelaras usaha kesiapsediaan dan kedayatahanan kecemasan di rantau Asia Pasifik dengan menggabungkan semua pengetahuan teknikal serta kepakaran dari semua anggotanya.

“Saya yakin sistem amaran awal tersebut akan mengukuhkan lagi secara bersama kesiapsediaan kecemasan dan kedayatahanan menghadapi bencana dalam rantau APEC ini," katanya semasa berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri (AMM) APEC di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment