My Add

Thursday 6 September 2012

Melebihi anggaran penilai


*CHUA Tee Yong (empat dari kanan) dan P. Kamalanathan (tiga dari kiri) bersama para pemimpin MCA memegang kain rentang memaparkan tulisan ‘Adakah 100 Juta menjadi 300 Juta’ semasa melawat tanah di Bukit Beruntung 2 yang dibeli oleh kerajaan PKR dari Talam di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, RABU, 05 September, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa membeli tanah 534 hektar di Bukit Beruntung 2 dari Talam Corporation Bhd. (Talam) dengan nilai RM232 juta lebih tinggi daripada anggaran oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, berdasarkan kepada penilaian yang dibuat oleh JPPH pada Mac 2010, nilai untuk enam lot tanah terlibat adalah RM113 juta.

Bagaimanapun, pada tahun sama katanya, Kerajaan PKR Selangor telah membeli tanah itu dengan nilai RM345 juta sebagai sebahagian daripada langkah pengambilalihan hutang Talam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment