My Add

Friday 11 May 2012

20 NGO India ancam lancar mogok lapar

SHAH ALAM, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Lebih 500 orang masyarakat berketurunan India di negeri ini berhimpun secara aman di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mendakwa mereka ditindas oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Mereka yang berhimpun sejak pukul 10 pagi berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer dari Dataran Shah Alam dan hanya bersurai kira-kira tiga jam selepas itu.

Beberapa kain rentang tertera ayat 'Kerajaan Selangor tindas masyarakat India', 'Kerajaan Selangor sombong' dan 'Kerajaan Selangor tidak hiraukan masyarakat India, suka janji palsu' dibawa oleh mereka yang merupakan ahli kepada lebih 20 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili masyarakat India di negeri ini.

Wakil mereka, Vijiya Kumar berkata, masyarakat India di negeri ini kecewa dengan kerajaan PKR Selangor yang sejak mentadbir negeri pada 2008 sehingga hari ini masih gagal menunaikan segala 'janji manis' mereka dalam kempen pada pilihan raya umum lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment