My Add

Friday 11 May 2012

MB Kedah buat kenyataan sembrono - BBSMS

ALOR SETAR, khamis, 10 Mei, 2012: Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat kenyataan secara sembrono apabila memutuskan untuk tetap merobohkan Madrasah Salihiah di sini, bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek Aman Central bernilai RM500 juta.

Pengerusinya, Mansor Ahmad berkata, Azizan dipercayai tidak mendapat gambaran lengkap berhubung permohonan injunksi yang difailkan oleh waris-waris pemilik asal tapak premis berkenaan di Mahkamah Tinggi, di sini pada Ahad lalu sehingga mengeluarkan kenyataan tersebut.

Katanya, writ saman injunksi di dalam kamar yang dikemukakan oleh pihak plaintif secara jelas memohon suatu perintah injunksi terhadap defendan bagi menahan dan/atau menghalang defendan sendiri, ejen atau pengkhidmatnya daripada merobohkan dan/atau mengosongkan tanah tersebut sehingga arahan selanjutnya daripada mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment