My Add

Sunday 6 May 2012

2,400 orang sertai Larian Bendera UMNO KL

KUALA LUMPUR, AHAD, 06 Mei, 2012: Kira-kira 2,400 peserta akan bergilir-gilir membawa bendera UMNO mengelilingi ibu negara hari ini sempena larian bendera UMNO peringkat Wilayah Persekutuan. 

Larian sejauh 72 kilometer itu bermula di kawasan UMNO Lembah Pantai pagi ini dan akan berakhir di kawasan UMNO Bandar Tun Razak petang ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Ketua UMNO Lembah Pantai melepaskan para peserta larian bendera Umno peringkat Wilayah Persekutuan itu di Rumah Barisan Nasional (BN) Parliman Lembah Pantai di sini hari ini.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik menerima bendera daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dan Ketua UMNO Putrajaya, yang mengetuai larian puluhan peserta daripada Putrajaya yang memulakan larian sejak semalam. 

Larian bendera UMNO yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-66 UMNO, Jumaat ini bermula sejak 1 Mei lalu membabitkan empat zon iaitu Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Sabah dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei. 

Larian itu juga akan mengumpulkan sejuta tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda sokongan rakyat dari seluruh negara kepada Umno dan pucuk pimpinan parti. 

Raja Nong Chik berkata, aktiviti larian bendera itu antara lain dapat menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai sumbangan UMNO kepada masyarakat serta aktiviti sepanjang sambutan ulang tahun terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment