KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk menjadikan Kuantan sebagai bandar berkembar dengan Naning, China.
Perdana Menteri berkata, ia sebagai timbal balas kepada kesediaan Naning menyediakan tapak industri seluas 607 hektar di China.
Katanya, Kuantan dipilih kerana ia adalah titik di negara ini yang paling hampir dengan Naning.
Najib berkata demikian pada majlis mesra bersama rakyat sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Malaysia di Taman Gelora, pagi tadi.
Perdana Menteri akan menghadiri program bersama rakyat di Dataran Rompin jam 3 petang ini diikuti merasmikan Pandu Puteri turun padang di Dewan Jubli Perak, Rompin pada jam 4.30 petang ini. - BH Online
No comments:
Post a Comment