My Add

Tuesday 8 May 2012

5 NGO gesa ambil tindakan undang-undang

ALOR SETAR, SELASA, 08 Mei, 2012: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah hari ini membuat laporan polis meminta supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap peserta dan pemimpin perhimpunan di Dataran Merdeka, di ibu negara pada 28 April lalu.

Laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 10 pagi itu dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (PEKIDA) Kota Setar, Badan Generasi Prihatin (BGP), Persatuan Peniaga Kecil Kedah, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) dan Persatuan Penduduk Jalan Lumpur, Alor Setar.

Pengerusi PEKIDA Kota Setar, Mursyid Ariffin, berkata perhimpunan itu merosakkan harta awam dan menyebabkan pergaduhan serta kecederaan dan turut menggangu masyarakat setempat.

Beliau berkata, perhimpunan itu bukan saja mencabar kewibawaan polis malah turut meremehkan arahan mahkamah, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Perhimpunan BERSIH dilihat satu cubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara itu adalah tidak bertamadun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment