My Add

Sunday 6 May 2012

88 aduan kadar faedah tinggi

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Mei, 2012: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerima sebanyak 88 aduan melibatkan seksyen 17 (A) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan 2011) iaitu kesalahan melibatkan kadar faedah yang tinggi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, ia merupakan sebahagian daripada 172 aduan yang diterima pihaknya pada 2011 sehingga kini.

"Sepanjang tempoh itu juga sejumlah 23 serbuan ke atas premis pemberi pinjaman wang berlesen yang disyaki melakukan pelanggaran Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dijalankan atas pelbagai kesalahan.

"Daripada jumlah itu, enam kes telah didakwa di mahkamah," katanya.

Berhubung dakwaan terdapat syarikat perniagaan pemberi pinjam wang berlesen yang mengenakan kadar faedah tinggi sebanyak enam sehingga 30 peratus kepada orang ramai, kementerian itu menjelaskan, pemantauan oleh bahagian pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai mendapati tiada peminjam yang melakukan kesalahan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment