My Add

Wednesday 9 May 2012

Ahli bidas Majlis Peguam

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Seorang ahli Majlis Peguam secara berani dan terbuka membidas badan itu kerana membentangkan laporan yang tidak konsisten tentang kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.

Peguam berkenaan, Ranjit Singh Dhillon, 50, turut mempertikaikan kehadiran seorang pemimpin kanan pembangkang setiap kali perhimpunan diadakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, bahagian awal laporan berkenaan mendakwa pihak polis bertindak ganas walaupun tiada provokasi oleh peserta perhimpunan.

''Namun, pada muka surat 26 laporan sama menyatakan pihak polis diprovokasi, diejek dan dikerumuni oleh orang ramai.

''Kenyataan anda sendiri bercanggah. Berikan kami gambaran sebenar tentang apa yang berlaku," katanya menerusi rakaman yang dimuat naik pada laman Youtube, 6 Mei lalu," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment