My Add

Wednesday 9 May 2012

Bersih 3.0 'mini revolusi' - Hasan Ali

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu disifatkan satu bentuk 'mini revolusi' oleh sekumpulan pemimpin pembangkang dengan cuba melahirkan pemberontak sama ada di peringkat dalaman mahupun luaran dalam kalangan para penyokong mereka.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, lebih malang lagi perhimpunan yang hampir menyebabkan seorang anggota polis terkorban selain mengakibatkan kecederaan puluhan anggota polis serta merosakkan beberapa kenderaan polis mendapat sokongan padu Pas.

Padahal, kata beliau, parti yang mendokong perjuangan Islam itu cukup maklum bahawa perhimpunan haram berkenaan diketuai oleh Datuk S. Ambiga iaitu seorang pemimpin anti Islam serta penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Tidak dinafikan matlamat asal perhimpunan ini adalah untuk menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil dan semua orang termasuk saya menyokong hasrat ini. Namun apabila tujuannya bertukar menjadi 'merdekakan Dataran Merdeka' perhimpunan itu mula memperlihatkan keangkuhannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment