My Add

Saturday 5 May 2012

Anwar sanggup gadai prinsip perjuangan demi kuasa politik

BAGAN DATOH, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin terdesak untuk memegang tampuk kuasa sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan terdahulu dengan merelakan beliau diperalat oleh pemimpin dan parti DAP yang pernah dibencinya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila Anwar yang pernah dikenali sebagai pemimpin yang paling membenci DAP, kini berubah pendirian, malah secara terbuka mengakui sanggup diperalatkan parti itu.

Sambil menyifatkan Ketua Pembangkang itu sebagai 'desperado politik', Ahmad Zahid berkata, tindakan Anwar itu hanya akan memakan diri sendiri dan merosakkan negara.

''Anwar yang saya pernah kenal dulu tidak bersikap demikian. Ini memperlihatkan beliau sekarang berada dalam keadaan yang sangat terdesak.

Zahid juga membidas sikap pemimpin pakatan pembangkang yang sering membuat tuduhan melulu menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) setiap kali berdepan isu atau skandal peribadi.

Menurut beliau, mana-mana pemimpin yang terpalit dengan isu-isu peribadi wajar membersihkan nama mereka secara bertanggungjawab, bukan dengan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pihak lain.

''Saya fikir apa sahaja (isu) yang berlaku dengan pembangkang, mereka kata semua kerja UMNO, semua kerja BN. Kalau rumah mereka dimasuki pencuri pun, mereka mungkin tuduh UMNO yang hantar pencuri.

''Ini sikap orang terdesak, beginilah cara (menuduh orang lain) untuk membuat penafian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simpang Tiga di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment