My Add

Tuesday 15 May 2012

Bashir kekal Pengarah Urusan MAHB

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Mei, 2012: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan kontrak Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad Abd Majid, dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi oleh Kementerian Kewangan, berkuat kuasa 7 Jun depan. 

Dalam satu kenyataan, MAHB menyatakan Bashir dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 2003 dan menjadi tenaga pemacu pertumbuhan kukuh dan mentransformasi Malaysia Airports sebagai antara syarikat berkaitan kerajaan yang paling berjaya dalam negara.

"Lembaga pengarah bangga dengan lanjutan perkhidmatan beliau dan menunggu kesinambungan kepimpinannya," kata Pengerusi MAHB, Tan Sri Datuk Dr Aris Othman.

Bashir memulakan kerjayanya dalam Malaysian Airline System pada 1972 dan berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu selama 30 tahun sebelum dilantik sebagai Penasihat Penerbangan Kementerian Pengangkutan pada 2001. 

Beliau ialah Presiden Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa Asia Pasifik (ACI) dan anggota Lembaga Pengelola ACI Dunia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment