My Add

Tuesday 15 May 2012

Polis selamat murid perempuan diculik depan sekolah

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 1 Mei, 2012: Polis menyelamatkan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun yang diculik di depan sekolahnya di Prai, Butterworth, di sebuah rumah di Jelutong, Georgetown, awal petang tadi.

Berikutan itu, polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun kira-kira jam 1.45 petang dan sedang memburu beberapa lelaki yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian berkenaan.

T Purani, murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari, ditemui dalam keadaan selamat dan keluarga mangsa juga belum sempat menjelaskan wang tebusan yang diminta sebanyak RM24,850.

Ibu mangsa, M Santhi, 47, yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) di sini, berkata dia menyedari anaknya tidak pulang dari sekolah selepas menerima panggilan daripada ibunya, kira-kira jam 3 petang.

Berikutan itu, dia menghubungi pemandu van sekolah anaknya dan dimaklumkan ada orang membawa Purani menaiki Proton Saga hitam.

Pada masa sama, adik ipar Santhi menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang meminta wang tebusan jika mahu Purani selamat. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment