My Add

Saturday 5 May 2012

BN akan buat perubahan besar di Kelantan: Najib

GUA MUSANG, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Barisan Nasional (BN) akan membuat perubahan besar kepada Kelantan jika BN dapat menawan kembali negeri ini pada pilihan raya umum akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

"Kita akan bentangkan manifesto kita untuk Kelantan, yang kita sedang sediakan. Kita akan paparkan kepada rakyat agenda kita untuk Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, BN terutama UMNO akan memberi tentangan hebat kepada pakatan pembangkang di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, UMNO Kelantan di bawah Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sudah dan sedang bekerja keras ke arah itu menerusi pelbagai program. 

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyediakan program khas di Kelantan bagi membantu rakyat di negeri itu yang selama ini tidak menerima siaran televisyen yang baik. 

Beliau berkata, program dengan kerjasama Astro itu, buat permulaan akan memberi 1,000 unit cakera satelit di rumah-rumah terbabit dengan 600 unit adalah di Gua Musang dan bakinya kawasan sekitar. 

"Kita dah mula beri dekoder hari ini. Mereka selepas ini akan menerima siaran Astro...selama ini mereka tak dapat siaran Astro dan siaran televisyen biasa," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment