My Add

Friday 18 May 2012

Boleh guna syiling baru di Stesen LRT Julai ini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 2012: 17 Mei - Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) menjangkakan masalah syiling baru yang tidak boleh digunakan di mesin tiket transit aliran ringan (LRT) akan selesai pada Julai ini.

Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, pihaknya kini dalam proses menguji sebuah perisian dari negara Sepanyol yang dikemaskini untuk membaca syiling baru tersebut.

"Kami sebenarnya sudah melaksanakan ujian di mesin tiket untuk membolehkan orang ramai menggunakan syiling baru ketika mendapatkan token perjalanan.

"Bagaimanapun, keputusan ujian masih belum 100 peratus sempurna dan kami terpaksa menunggu sehingga ia lengkap kerana tidak mahu menyusahkan pengguna pada kemudian hari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan rungutan orang ramai yang berasa kecewa kerana syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu itu masih tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment