My Add

Friday 11 May 2012

Cari kerja di Pesta Kerjaya Pemuda BN hari ini

KUALA LUMPUR. KHAMIS, 10 Mei, 2012: Golongan pencari kerja diminta datang lebih awal bersama resume masing-masing untuk ditemu duga oleh bakal majikan sepanjang Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 selama tiga hari bermula esok di Stadium Bukit Jalil.

Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, karnival bertemakan CASH yang membawa maksud Kerjaya, Pencapaian, Pelajaran dan Pemilikan Rumah itu diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-66 UMNO yang juga akan disambut esok.

''Tahun lalu acara ini mendapat sambutan memberangsangkan dan diiktiraf oleh Malaysian Book of Records dengan kehadiran satu juta pengunjung serta 100,000 tawaran pekerjaan.

''Tahun ini akan ada lebih nilai tambah dan akan diadakan di Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Terengganu, Senawang dan acara kemuncaknya di PWTC, Kuala Lumpur,'' katanya dalam satu kenyataan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment