My Add

Wednesday 9 May 2012

Dadah bernilai RM16,000 dirampas dalam di Pulau Pinang

GEORGETOWN, RABU, 09 Mei, 2012: Polis berjaya membongkar sebuah lagi makmal memproses dadah di negeri ini dan menahan sepasang kekasih dalam serbuan di sebuah rumah papan di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis turut merampas 403 gram dadah dipercayai jenis heroin dan 1,388 gram kaffein bernilai lebih RM16,000 dan pelbagai bahan kimia serta beberapa peralatan memproses dadah.

"Ketika serbuan pada jam 11.30 malam itu, lelaki berusia 50 tahun dan teman wanitanya yang berusia 20 tahun sedang berehat di ruang tamu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya.

"Berdasarkan kepada kuantiti dadah yang dihasilkan, polis yakin ia untuk pasaran tempatan," katanya.

Gan berkata, pasangan itu kini ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment