My Add

Wednesday 9 May 2012

Dagangan Malaysia-EU terus catat peningkatan

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) dijangka terus mencatat peningkatan yang tinggi berbanding RM131.068 bilion tahun lepas.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Piket berkata, peluang perdagangan yang lebih banyak dapat diwujudkan selepas Malaysia dan EU memeterai perjanjian perdagangan bebas sebelum akhir tahun ini.

"Kami akan memberi tumpuan yang lebih ke atas perusahaan kecil dan sederhana serta segmen tambah nilai teknologi, sekali gus meningkatkan lagi tahap perdagangan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis debat EU yang bertemakanEU and ASEAN: Markets First or People First di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah eksport EU ke Malaysia adalah sebanyak RM59.735 bilion pada tahun lalu manakala eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia ke kesatuan itu pula bernilai RM71.685 bilion. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment