My Add

Friday 11 May 2012

DAP gesa polis ambil tindakan terhadap PERKASA P. Pinang

GEORGETOWN, JUMAAT, 11 Mei, 2012: DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di depan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam. 

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 ahli PERKASA Pulau Pinang yang mengganggu ketenteraman Ketua Menteri dan ahlinya.

Beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan PERKASA dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, juga berkata perbuatan ahli PERKASA itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment